NOTA UNTUK SAHABAT |
a journey to remember
No comment
Sahabat ,
ini nota untukmu , kita kena sedar bahawa ada kala kita up dan ada kalanya kita down plak.. Masa kita down, kita cenderung untuk buat salah kan? Walaupun kita sudah janji pada diri kita bah kan dengan orang lain yang kita tidak buat lagi, tapi semua itu seperti dilupakan. Tapi selepas itu, kita mula rasa menyesal. Terasa diri begitu bodoh dengan apa yang telah kita buat. Kadang-kadang, susah nak faham apa yang sedang berlaku ni. Sebab itulah, pada masa tersebut, kita memerlukan orang yang memahami dan dapat berkongsi masalah dengan kita. Walaupun bukan untuk menyelesaikan masalah, tapi sekadar untuk memahami itu pun sudah memadai.
Sahabat ,
ini nota untukmu , Hargai dan peliharalah selalu persahabatan ini.. Jangan tinggalkan sahabatmu di saat dia berbuat kesalahan, Jangan tinggalkan orang yang kita sayang kerana orang yang kita suka, Kerana akan ada satu hari nanti orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang, Jangan cuba dapatkan apa yang kita suka, Tapi sayangilah apa yang kita sudah miliki..
Sahabat ,
ini nota untukmu , Bilakan kita percayakan pada takdir yang baik, Hati itu tidak akan remuk dan hancur lagi, Kerna, takdir yang baik itu hadir untuk membuatkan kita nampak bahawa hidup ini masih ada peluang lagi, Sungguh buta merabunkan mata itu. Berlemas kerana bernafas dalam kegelapan yang tidak nampak, Hitam, gelap, sesak sehingga gugurnya air mata jantan ini, Air mata yang merindukan pipi, lalu ianya rebah dengan banyaknya.. Namun, percayakan pada takdir yang baik, kerna Dia tidak pernah berlaku zalim, ujiannya sahaja membuatkan kita selalu jatuh tersungkur, tabahkanlah hati mu, Setiap insan setiap manusia ini berbeza jalan hidupnya, Sungguh permata kita rasa sudah mengenggamnya, Namun, kenapa kita terlepas jatuhnya permata itu, Bila kita sudah merasakan diri kita adalah sempurna, maka fikirlah dengan sempurana bahawa Tuhan tidak menciptakan kita sempurna, Semalam itu adalah untuk besok, besok itu pula untuk lusa, Kita hanya mampu membina dan mewarnakan hati dan jalan itu, Tapi kita tidak mampu melawan air mata yang ingin jatuh ke atas lukisan itu tanda kekalahan, Percayalah pada takdir yang berlaku dan takdir itu adalah baik nya, Untuk membuka segala rahsia dan menangkis segala jawapan yang dicari..
Sahabat ,
ini nota untukmu , seandainya suatu hari nanti kau sedang terluka dan tiada sesiapa pun untuk kau berpaling aku disini sentiasa menghulurkan tangan untuk membalut lukamu dengan wangian kasih sayang sebagai seorang sahabat, kiranya pada suatu musim resah yang mendatang kau tiada tempat untuk mengadu dan tiada siapa yang sudi berkongsi kedukaanmu serta menyapu air matamu di pipi mu, aku disini menghulurkan kesetiaan hati agar kau dapat menyandarkan air matamu dibahuku, lalu aku akan mengesat air mata kasihmu itu dgn jari jemariku yang pernah kau jabat tanda persahabatan semusim yang lalu..
Sahabat ,
ini nota untukmu , hidup ini tidak selalunya indah, ada kalanya cerah dan adakalanya mendung, seperti juga langit yang x selalunya cerah, hidup belum tentu seindah mimpi yang kita idamkan dan mimpi yang indah belum tentu menjadi kenyataan. oleh itu, seandainya gerimis melintasi perjalanan laramu pada musim yang mendatang, kembalilah ke lorong haruman hatiku yang sentiasa terbuka untuk menyerikan semula senyuman di wajahmu..
Sahabat ,
ini nota untukmu , masihkah kau ingat pesanku dulu 'if one day you don't have someone sincere to turn on and you don't have a shoulder to cry on i am always here to care you forever' ..
Sahabat ,
ini nota untukmu , tentang diriku usahlah kau curigai kesetiaan dalam hubungan persahabatan kita, biar apa pun yang akan terjadi padamu, aku masih seperti dulu.. menyayangimu, merinduimu tanpa sedikit pun berubah walaupun kau pernah menyakiti hati dan perasaanku..
All the things before and after, all melt into gossip and laughter. Segala kenangan antara kita, walau sudah tinggal sisa tawa dan air mata. kita kena ingat Hidup tidak selalunya indah, tapi yang indah selalu hidup dalam kenangan. Moga jika berpisah kita bertemu kembali, jika tidak di dunia ini, moga di akhirat yang kekal abadi ..
Untuk meningkatkan mutu penulisan ku , aku menyarankan anda untuk komen setiap etri blog ini , samada untuk mengkritik / memperbetulkan ejaan dan apa sahaja , adalah di alu'alukan .. Terima Kasih ! If you have any questions feel free to leave your comment on my facebook , do add me as friend 1st .. Hope U Enjoy! ^^
ARTIKEL BARU
No comment yet
NOTA UNTUK SAHABAT
NOTA UNTUK SAHABAT
- Blog ini bukan blog peribadi , blog ini blog informasi .. sesiapa pun , di alu'alukan mnyumbang informasi .. ^^
ARTIKEL BARU
-
H ari itu .. terukir jelas di mataku , senyuman indah yang seolah memberi makna tersendiri dalam diri .. ternyata semua itu hanya simbo...
-
B etapa lemahnya diri tanpa rahmat-Nya. Mujahadah melawan nafsu tidak semudah menuturkan kata-kata. merasa dirinya hebat, maka timbullah r...
-
S ahabat , ini nota untukmu , kita kena sedar bahawa ada kala kita up dan ada kalanya kita down plak.. Masa kita down, kita cenderung un...
Add your comment below