LUMRAH DUNIA |
a journey to remember
No comment
Apa yang kita buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik. Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.
Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.
Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.
Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.
Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.
Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.
Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.
walauapapun , suma ni cuma sebuah peringatan kecil untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja yang berminat .. coretan jari ni , teda kena mngenak dengan sasapa pun .. thnx ..
Untuk meningkatkan mutu penulisan ku , aku menyarankan anda untuk komen setiap etri blog ini , samada untuk mengkritik / memperbetulkan ejaan dan apa sahaja , adalah di alu'alukan .. Terima Kasih ! If you have any questions feel free to leave your comment on my facebook , do add me as friend 1st .. Hope U Enjoy! ^^
ARTIKEL BARU
No comment yet
LUMRAH DUNIA
LUMRAH DUNIA
- Blog ini bukan blog peribadi , blog ini blog informasi .. sesiapa pun , di alu'alukan mnyumbang informasi .. ^^
ARTIKEL BARU
-
H ari itu .. terukir jelas di mataku , senyuman indah yang seolah memberi makna tersendiri dalam diri .. ternyata semua itu hanya simbo...
-
B etapa lemahnya diri tanpa rahmat-Nya. Mujahadah melawan nafsu tidak semudah menuturkan kata-kata. merasa dirinya hebat, maka timbullah r...
-
S ahabat , ini nota untukmu , kita kena sedar bahawa ada kala kita up dan ada kalanya kita down plak.. Masa kita down, kita cenderung un...









Add your comment below