DI SINI AKU KENAL ERTI KEHIDUPAN |
a journey to remember
No comment
Biarlah salamku hilang dibawa angin , yang pasti aku akan lepaskan segala sejarah duka untuk menjadi jiwa hamba yang merdeka di alam maya ini walau sedetik cuma .. sedih ku belum pasti terbuang walau pernah dibelenggu kegembiraan bersama mereka yang masih kekal di sisi .. cuma ada tiang yang roboh , ada hati yang hancur berkecai , meminta puzzlenya dicantumkan kembali dengan kesucian jemari indah yang hanya terbit dari nilai sebuah persahabatan hakiki .. justeru ak akan mengambil yang wajar untuk menampung derita dalam keruntuhan akhlak & akidah ini .. mengambil pengajaran & azimat semampu mungkin dari bumi yang fana ini ..
Bagiku hidup adalah umpama cerita yang pendek seperti sebuah cerpen , kerana tika lahir kita di azankan & apabila mati kita di solatkan , saling berkait antaranya , cerita yang akan mengkhabarkan derita & berita sepanjang perjalanan ku ini punyai harga tersendiri dan aku harus pantas untuk
Dengan dua kaki kerdil ini ak cuba untuk bangun & lantas berlari meninggalkan masa silam ku , kini , aku sudah lewati kehidupan dari jendela persahabatan yang penuh
Aku pernah merintih sedih , waktu diri rasa jauh terpisah dari keluarga tercinta , seolah-olah aku terlalu kerdil disini .. ak pernah berduka , waktu jasad ditimpa sakit .. hatiku pernah menderita , waktu diuji oleh kesetiaan & badai cinta yang kuat menderu .. siapa yang tahu ? ketika itu , hanya ak dan Tuhan sahaja yang tahu tentang nasib diri ..
Aku rela dalam terpaksa .. walaupun hatiku melirih dalam kepedihan yang merudum prejudis .. ak tetap sabar .. kerana ak sedar , sebesar manapun ujian yang datang , ak harus mengikisnya sendirian .. jadi , apa guna ak menjerit & meraung jika tiada siapa yang akan membantu , mendengar atau setidaknya memahami ? ak sabar lagi & cuma ini senjata ku tika & saat itu .. apa gunanya ak bersedih hingga menangis darah , jika di akhirnya ak tetap tercunggap-cunggap sendiri mengubati kebodohan diri .. mahu atau tidak mahu , ak harus tenang & terus tabah .. sendirian menelusuri denai-denai sebagai seorang anak .. hingga sabar itu membuat aku tegal , hingga tegal itu membuat aku matang .. akhirnya , matang itu membuat ak dewasa seperti ak pada hari ini ..
Bila kematangan ini sudah mendewasakan diri , ak buka hati lebar'lebar .. aku dedahkan jasad ku kepada Tuhan .. sebagai bukti bahawa ak telah bersedia di uji sekali lagi oleh Tuhan supaya ak lebih kenal akan erti hidup yang bukan selalunya cerah supaya ak lebih tabah untuk berhadapan dengan hari mendatang , di situ ak akan kenal usaha & tawakal & daripada titik tawakal inilah ak akhirnya mampu mengusir duka dari selalu berputus asa kepada hanya bertawakal & mengusir perasaan kecewa yang membeku .. tawakal mengajar ak beriman kepada qadak & qadar serta yakin bahawa setiap ketentuan terkandung hikmah-Nya .. dari belenggu kekecewaan ak mengerti erti pasrah .. dari belenggu sengsara ak mengerti makna ujian .. akhirnya ak mengerti bahawa perjalananku bukan mimpi yang penuh fantasi , tapi ia adalah catatan yang punyai inti & maksud tersendiri yang sudah di patri dalam sebuah cerpen tentang perjalanan hidup yang penuh goyah bak ujian yang tak henti menujah ..
mengenal diri sendiri adalah kunci rahsia mengenal Allah ^^
Untuk meningkatkan mutu penulisan ku , aku menyarankan anda untuk komen setiap etri blog ini , samada untuk mengkritik / memperbetulkan ejaan dan apa sahaja , adalah di alu'alukan .. Terima Kasih ! If you have any questions feel free to leave your comment on my facebook , do add me as friend 1st .. Hope U Enjoy! ^^
ARTIKEL BARU
No comment yet
DI SINI AKU KENAL ERTI KEHIDUPAN
DI SINI AKU KENAL ERTI KEHIDUPAN
- Blog ini bukan blog peribadi , blog ini blog informasi .. sesiapa pun , di alu'alukan mnyumbang informasi .. ^^
ARTIKEL BARU
-
H ari itu .. terukir jelas di mataku , senyuman indah yang seolah memberi makna tersendiri dalam diri .. ternyata semua itu hanya simbo...
-
B etapa lemahnya diri tanpa rahmat-Nya. Mujahadah melawan nafsu tidak semudah menuturkan kata-kata. merasa dirinya hebat, maka timbullah r...
-
S ahabat , ini nota untukmu , kita kena sedar bahawa ada kala kita up dan ada kalanya kita down plak.. Masa kita down, kita cenderung un...









Add your comment below