SEKADAR LUAHAN |
a journey to remember
No comment
Filed under
CERITAKU
|
Setiap detik yang melakarkan peristiwa , kurakamkan dalam memori hatiku , dengan jari-jemari yang keras ini setiap rahsiaku kutuliskan di atas pasir yang kontang , kerana kutahu angin akan menutupnya agar tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Dia .. kerana Dialah yang Maha Mengetahui tentang segala rahsia coretan hati hamba-Nya ..
Mata-mata yang melihat hanya mampu memandang dan menilai , mulut yang berbicara hanya mampu berkata tanpa sudi mengamati rasa ini .. aku tahu kalian telah berusaha , namun mungkin hati ini terlalu keras untuk di mengerti ..
Saat itu , kubiarkan masa mengubati segala penderitaan , ku biarkan angin menghalau segala duka , ku biarkan mentari mengeringkan airmata , ku biarkan tawaf sebagai balasan kekufuran diri , ku biarkan airmata berderai atas sejadah sujudku kerana ku tahu , hidup dan mati ini hanya untuk ilahi .. mengisi kekosongan , menangisi kesalahan , menginsafi kezaliman , lantas ku memilih untuk bersendiri , dikeheningan malam , di temani kedinginan malam , bersaksikan linangan air mata penyesalan , aku mengadu ..
Maafkan aku , aku terlalu sukar melupakannya sehingga aku sudah lupa segalanya .. biarlah cerita semalam berkubur dalam lipatan sejarah kehidupan , kerana kamu dan aku adalah dua jiwa yang amat besar bezanya ..
p/s : Hanya rekaan semata-mata .. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati .. Cetusan rasa dari hati seorang hamba yang hina .. ^^
Untuk meningkatkan mutu penulisan ku , aku menyarankan anda untuk komen setiap etri blog ini , samada untuk mengkritik / memperbetulkan ejaan dan apa sahaja , adalah di alu'alukan .. Terima Kasih ! If you have any questions feel free to leave your comment on my facebook , do add me as friend 1st .. Hope U Enjoy! ^^
ARTIKEL BARU
No comment yet
SEKADAR LUAHAN
SEKADAR LUAHAN
- Blog ini bukan blog peribadi , blog ini blog informasi .. sesiapa pun , di alu'alukan mnyumbang informasi .. ^^
ARTIKEL BARU
-
H ari itu .. terukir jelas di mataku , senyuman indah yang seolah memberi makna tersendiri dalam diri .. ternyata semua itu hanya simbo...
-
B etapa lemahnya diri tanpa rahmat-Nya. Mujahadah melawan nafsu tidak semudah menuturkan kata-kata. merasa dirinya hebat, maka timbullah r...
-
S ahabat , ini nota untukmu , kita kena sedar bahawa ada kala kita up dan ada kalanya kita down plak.. Masa kita down, kita cenderung un...









Add your comment below